Monday, September 26, 2016

kaedah Pengajaran Pendidikan Kesihatan

 KAEDAH MENGAJAR PENDIDIKAN KESIHATAN
Aktiviti penutup dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan.
  1. Bagi menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya pelajar mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
  2. Bagi mengukuhkan lagi konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting contohnya dengan memberi kerja bertulis.
  3. Untuk mewujudkan satu perasaan pencapaian dan kejayaan dikalangan pelajar seperti dengsn menggunakan teknik peneguhan.
  4. Untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat modifikasi serta membaiki pelajarannya pada masa akan datang. Sebagai contoh menggunakan aktiviti penilaian.
  5. Dapat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang mereka baru dipelajari dengan mengadakan aktiviti-aktiviti susulan.
 Sebagai guru Pendidikan Kesihatan, beberapa aktiviti dalam komponen kemahiran penutup harus dilaksanakan. Seperti rajah di bawah.


Set Induksi
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina.aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakajikan untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran. Di antaranya ialah dengan menggunakan alat Bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mrngulangkai topic yang berkaitan, membimbing pelajar mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya.
Bagaimanapun, oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran pelajar sahaja, maka peruntukan masa dalam perlaksanaan set induksi haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

Langkah pertama dalam pengendalian set induksi merancang satu aktiviti pengajar yang berdasarkan komponen-komponen kemahiran set induksi, khasnya komponen-komponen yang menarik perhatian dan mewujudkan motivasi pelajar untuk belajar. Selain itu alat bantu mengajar harus disediakan bagi tujuan menambahkan lagi kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran.








Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran adalah satu cara untuk mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah pengajaran boleh digunakan sebagai teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai. Contohnya;
  1. Kaedah pengajaran secara kelas.
  2. Kaedah pengajaran secara berkumpulan.
  3. Kaedah pengajaran secara individu.
  4. Kaedah pemudahcara.
  5. Kaedah perbincangan.
  6. Kaedah tunjukcara.
  7. Kaedah penyelesaian masalah.
  8. Kaedah simulasi.
  9. Kaedah bercerita.
  10. Kaedah bermain.
  11. Kaedah projek.
  12. Kaedah lawatan.
  13. Kaedah pengajaran berpasukan.
  14. Kaedah pengajaran modul.
  
1. Kaedah pengajaran secara kelas.
            Kaedah penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru mengajar isi pelajaran yang sama, masa yang sama, serta memberi latihan atau kerja yang sama kepada semua pelajar dalam kelas.
            Biasanya, dalam kaedah pengajaran secara kelas ini, pelajar akan duduk mengikut susunan meja-kerusi secara selari dan muka pelajar menghadap guru. Kaedah ini sangat sesuai  digunakan  pada peringkat permulaan pengajaran (set induksi),  perkembangan konsep dan kemahiran atau membuat rumusan pada akhir pengajaran. Pada peringkat permulaan pelajaran, pelajar duduk secara berbaris atau berkumpul di ruang pengajaran yang biasanya terletak di hadapan kelas untuk mendengar arahan supaya menjalankan aktiviti atau mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pengajaran secara kelas juga mempunyai beberapa kelebihan tersendiri seperti;
  1. Menjimatkan masa dan tenaga. Iaitu dengan menjelaskan satu konsep atau kemahiran baru, atau menghuraikan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi oleh hamper semua pelajar dalam kelas.
  2. Pelajar suka belajar secara beramai-ramai missalnya suka membaca, menyanyi atau mengambil bahagian dengan berpasukan terutamanya pendidikan jasmani. Ia juga dapat memuaskan naluri sediaada pelajar yang suka secara beramai-ramai.
  3. Pelajar dapat keseronokan ketika belajar bersama-sama berbanding belajar bersendirian.
  4. Dapat memupuk minat ketahap optimum.
  5. Dapat melibatkan setiap pelajar dalam kelas menyertai aktiviti pembelajaran yang sama.
  6. Pelajar dapat berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dengan baik.
  7. Dapat melatih pelajar yang lemah atau lambat mencontohi rakan-rakan yang cerdas.
  8. Memberi kesempatan kepada pelajar mempunyai sifat bertanding di antara satu sama lain. Dengan pertandingan yang positif, pelajar akan dapat meningkatkan prestasi mereka.

2. Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan
Kaedah ini adalah berdasarkan kebolehan pelajar. Di bawah aktiviti pembelajaran secara berkumpulan pelajar akan dapat mengusai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, kaedah pengajaran secara berkumpulan boleh dilaksanakan dalam dua cara. Iaitu membahagikan pelajar mengikut kebolehan dan membahagikan pelajar dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Contohnya;

  1. Kumpulan mengikut kebolehan

Kumpulan ini dibentuk adalah berdasarkan rasional bahawa terdapat perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran dikalangan pelajar sesebuah kelas. Di samping itu, guru juga dapat merancang aktiviti secara berperingkat, mengikut kebolehan mereka.

Aktiviti membaca secara berperingkat

     Kumpulan cerdas
     Diberikan bahan membaca yang mencabar

    Kumpulan sederhana
    Diberikan bahan membaca yang biasa
   
     Kumpulan lambat
    Diberikan bahan membaca yang mudah



  1. Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan pula dibentuk dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan di mana pada setiap kumpulan terdapat pelajar yang cerdas, sederhana dan lambat. Pengumpulan jenis ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti pembelajaran seperti permainan, simulasi, perbincangan, ujikaji, projek dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan bimbingan daripada pelajar-pelajar cerdas.

  3. Kaedah Pengajaran Secara Individu
             Sejenis kaedah pengajaran yang berlaku di antara seorang guru dan seorang pelajar. Kaedah dilakukan adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam pengajaran secara kelas. Pelajar dalam setiap kelas lazimnya mempunyai kebolehan dan prestasi yang berbeza-beza yang mana penggunaan kaedah kelas akan membawa faedah kepada sebilangan kecil pelajar sahaja. Oleh yang demikian, pengajaran secara individu dirancang berdasarkan  kepada kebolehan dan prestasi individu. Ini akan dapat membantu setiap pelajar belajar mengikut kebolehan dan prestasi mereka sendiri. Oleh itu, mereka akan dapat mengembangkan potensi mereka dari segi intelik, rohani, social dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. Untuk mencapai kaedah pengajaran individu ini, seorang guru harus menggunakan teknik yang sesuai dan berkesan. Pemilihan teknik juga menjurus kepada pemahaman guru terhadap kebolehan dan potensi setiap pelajarnya. Teknik yang sipilih juga mestilah sesuai dengan masa dan keadaan semasa.
Untuk mendapatkah hasil yang berkesan, aktiviti pengajaran individu hendaklah dirancang dengan teliti.

4.      Kaedah Pengajaran Cara Bermain
Kaedah pengajaran cara bermain merupakan suatu kaedah dan teknik yang memberi peluang pelajar melakukan aktiviti berpura-pura dalam keadaan terkawal. Ia juga mampu mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial serta dapat mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.
“Saya sendiri mendapati sesuatu permainan bahasa yang baik merupakan cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan membuat latihan congak di bilik darjah, kerana ia membawa keseronokan dan mengurangkan ketegangan”
Julia Dobson, (1970). Try one of my games.

            Kaedah ini lazimnya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan serta pemulihan. Kaedah bermain ini juga adalah gabungan beberapa kaedah lain seperti kaedah simulasi, main peranan dan sosiodrama, penyelesaian masalah dan tunjuk cara (demonstrasi). Terdapat beberapa contoh aktiviti permain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan seperti permainan bahasa, teka-teki, silangkata, dan demonstrasi. Kebanyakan aktiviti permainan dilakukan dalam berkumpulan. 








No comments: