Kesahan dan kebolehpercayaan dalam pendekatan kualitatif.
Terdapat beberapa ujian piawai (standardised tests) yang boleh digunakan untuk tujuan pengukuran dan penilaian. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002). Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman, 1978).
Terdapat tiga jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan kriteria. Analisis Rasch boleh digunakan untuk menentukan kesahan instrumen. Keperluan pertama untuk menjadikan sesuatu ujian itu berkualiti ialah dengan menentukan bahawa item-item yang digunakan dalam ujian sah. Sesuatu instrumen dianggap sah jika ia boleh mengukur apa yang hendak diukur. Terdapat tiga garis panduan digunakan untuk menunjukkan item yang sah dalam ujian (Siti Rahayah, 2008 & Ahmad Hashim, 2004) iaitu:
1. Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur konstruk yang
hendak diukur.
2. Menjamin suatu item itu menyumbang dalam cara-cara yang bermakna dan
1. Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur konstruk yang
hendak diukur.
2. Menjamin suatu item itu menyumbang dalam cara-cara yang bermakna dan
berguna untuk mengukur konstruk.
3.Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen penting bagi mempertahankan kejituan inatrumen daripada terdedah kepada kecacatan. semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. kesahan dan kebolehpercayaan intrumen telah dipiawaikan oleh tiga agensi:
i. Committee of members of the American Education Reasearch Association
3.Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen penting bagi mempertahankan kejituan inatrumen daripada terdedah kepada kecacatan. semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. kesahan dan kebolehpercayaan intrumen telah dipiawaikan oleh tiga agensi:
i. Committee of members of the American Education Reasearch Association
ii. The American Psychological Association dan
iii. The National Council on Measurement in Education
1. Kesahan Instrumen Temu Bual dan Pemerhatian (Kualitatif)
Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajianhendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu dalam pembinaan keesahan dalam kajian kualitatif. Tetapi McCall dan Simmons (1969) menegaskan, kajian kualitatif melalui pungutan data-data daripada temu bual dan pemerhatian juga memerlukan keesahan data.
Campbell (1955), mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data-data kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot . Manakala Bailey (1978) dan Scoot (1961) mencadangkan penggunaan teknik independent rating melalui cross-checking untuk membuat keesahan data kualitatif. Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual . Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang pemberi maklumat (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.
Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang pencetus maklumat dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang. Untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, pemerhatian perlu dibuat dengan melihat fenomena yang sama dengan maksimum perbezaan dimensi atau perspektif.
Penyelidik biasanya akan membuat pemerhatian kepada beberapa orang yang memberikan maklumat dengan mengkategorikannya mengikut fokus kajian. Kemudiannya membuat kelompok terhadap isi teks (transkripsi) yang digunakan. Manakala untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak lima hingga enam kali bagi setiap seorang pemberi maklumat selama beberapa hari. Data-data yang diperoleh melalui pemerhatian (bagi pengajaran guru di kelas ) akan diproses dengan menggunakan teknik segmen-segmen pengajaran.
Kesahan kriteria boleh diperoleh dalam pemerhati turut serta (participant observation), penyelidik perlu membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang dikumpulkan sama ada data tersebut penuh atau data tidak penuh. Oleh sebab proses pemerhatian pengajaran informan dibuat sebanyak lima hingga enam kali dengan selang masa dan hari yang berlainan, maka seseorang penyelidik bolehlah berpendapat bahawa data-data yang dikehendaki telah mencukupi. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalahbagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar bersifat ;
ii. Accuracy (ketepatan – menjawab persoalan kajian)
iii. Appropriatetness (kesesuaian – relevan dengan tujuan kajian
iv. Meaningfulness (bererti – memberi makna terhadap data melalui skor) dan
v. Usefulness (kebolehgunaan–mampumembuat keputusan berhubung dengan apa yang
cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan
maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur
untuk menginferenkan data kajian ).
2. Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)
Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar.
Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Jumlah sampel atau responden yang digunakan dalam kajian rintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang sampel. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian. Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk mengambil sebarang contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang dikeluarkan oleh agensi atau bank item daripada sources of test information bagi penyelidikan pendidikan atau daripada pihak pengeluar dan pembekal soal selidik seperti; Mental Measurements Year books (MMY).
Dengan itu, penyelidik sepatutnya menguji sendiri kebolehpercayaan (reliability) instrumen soal selidik melalui kajian rintis dengan menggunakan salah satu teknik atau kombinasi antara beberapa teknik untuk menguji darjah kebolehpercayaan item yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation coefficient item-item. Pada umumnya terdapat tiga cara untuk menguji darjah kebolehpercayaan item (test):
i. Test-Retest Reliability.
diuji. Instrumen yang sama dinilai secara berulang kali kepada kumpulan
sampel yang sama, pada masa yang berlainan. Dua set data yang
diperoleh akan dianalisis menerusi analisis korelasi untuk melihat
kekuatan perhubungannya. Sekiranya pekali kolerasi (coefficients reliability)
menghampiri nilai 1, maka kedua-dua set data tersebut mempunyai perkaitan
atau perhubungan yang kuat (instrumen mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi).
ii. Equivalent-Form Reliability
(variabel) sama jumlah item, sama struktur, sama aras kesukaran dan sama
arahan). Kedua-dua instrumen tersebut akan diberikan kepada kumpulan
sampel yang sama pada masa yang sama. Dua set data yang diperolehi akan
dianalisis cara korelasi untuk mendapatkan pekali kolerasi (reliability
coefficients). Skor yang diperolehi daripada kedua- dua sampel hendaklah
dikoreletkan. Purata skor yang diperolehi daripada kedua-dua test ialah
petunjuk kepada darjah reliabiliti. Ia juga disebut sebagai Alternate-Form
Reliability yang menunjukkan kepelbagaian skor dari satu form kepada satu
form. Test-Retest dan Equivalent-Form Reliability boleh dikombinasikan
bagi menilai stabiliti skor yang diperoleh pada setiap masa dan ditadbirkan
kepada sejumlah sampel kecil. Teknik ini amat baik kerana item-item
boleh digeneralisasikan dalam satu set item.
iii. Internal Consistency
Kaedah ini digunakan bagi menilai ketekalan dalaman instrumen. Hanya satu
set item sahaja yang diuji kepada sejumlah kecil sampel. Terdapat tiga
kaedah iaitu:-
a. Prosedur Split-Half: bagi instrumen yang panjang dan
sukar ditadbir. Ia memerlukan pembahagian kepada dua kategori mengikut nombor genap dan nomber ganjil item, ditadbir pada dua masa yang berlainan dengan dua form test pada satu kumpulan sampel. Rumus Spearman- Brown Correction digunakan.
b. Prosedur Kuder-Richardson: Ia juga disebut sebagai
Rationale Equivalent Reliability bagi menentukan bagaimana dalam satu test berhubungan antara satu item dengan item yang lain, antara sub item dengan total item. Formula KR-20 atau KR-21 akan digunakan bagi menilai reliabilitinya.
c. Prosedur Cronbach Alpha: Ia lumrah digunakan bagi
menilai pekali kolerasi koeffisyen yang berasaskan kepada purata korelasi item- item dalam satu test jika item-item tersebut berbentuk standard. Jika Item- item tidak standardised, maka purata covarian akan digunakan dalam analisisnya. Standardise item Alpha adalah dibuat bagi memperbandingkan varian perbezaan di antara dua Alpha, Alpha dan Standardised Item Alpha.
Oleh yang demikian satu instrumen yang berkualiti tinggi perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.
1 comment:
Tolong tinggalkan senarai rujukan. Terima kasih.
Post a Comment