Wednesday, January 23, 2013


Pergerakan : Definisi dan Konsep

Definesi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

Terdapat empat konsep pergerakan iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran beban dan kesedaran masa. Keempat-empat konsep ini amat membantu dalam proses pergerakan yang dilakukan oleh setiap manusia. Kesedaran tubuh badan bermaksud Memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. Manakala kesedaran ruang pula ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran ruang pula terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri merupakan ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran beban ialah Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Seterusnya kesedaran masa pula ialah kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
Tugas-tugas pergerakan mesti distrukturkan bagi membangunkan lagi kecekapan sehala (seorang), dua hala, dan pergerakan crosslateral. Pergerakan sehala adalah sebuah pergerakan yang menggunakan lengan dan kaki pada sebelah badan yang sama. Contohnya jalan seperti beruang. Pegerakan Dua hala pula menjelaskan sebuah pergerakan yang menggunakan rusuk di kedua-dua belah badan. Sebagai contoh pergerakan lompat arnab dan pergerakan Crosstarel adalah sebuah pergerakan yang menggunakan satu tangan dan kaki yang bertentangan pada masa yang sama. Contoh pergerakan ini adalah umpama merangkak seperti buaya.

Kesedaran tentang konsep  pergerakan jika diaplikasikan oleh para pendidik secara serius pasti dapat membantu kepada perkembangan kemahiran motor kasar yang baik. Pergerakan memainkan peranan penting dalam membantu pergerakan setiap manusia, tidak kira seseorang itu dewasa, tua mahupun kanak-kanak.

No comments: