Sunday, July 7, 2013

Kepentingan kecergasan fizikal

Kepentingan kecergasan fizikal
Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima adalah merupakan sesuatu yang sangat-sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Bagi mencapai piawaian yang optima, kita perlu merangka gaya hidup kita ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti penyakit dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah. Menurut Stokes et. al (1981) terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mengurangkan kesihatan dan kecergasan seseorang.
1.   Warisan – Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung sebelum umur 50 atau 60 tahun meningkatkan anda untuk mendapat penyakit ini.
2.   Tidak Aktif – Mereka yang aktif mempunyai risiko yang rendah berbanding kategoi “sedentary”.
3.   Kegemukan – Penambahan lemak mempunyai pertalian yang rapat dengan kencing manis.
4.   Darah Tinggi – Dikenali sebagai penyebab kepada anging ahmar dan penyakit jantung.
5.   Merokok – Terdapat korelasi yang tinggi di antara merokok dengan penyakit jantung.
6.   Tekanan – Tekanan memberi kesan ke atas jantung dan boleh mengakibatkan beberapa penyakit lain.
7.   Peningkatan Paras Kolesterol – Kuantiti dan kualiti kolesterol mempunyai kesan yang terus terhadap jantung.
8. Diabetes – Mempunyai korelasi di antara diabetes dengan masalah sistem peredaran. Kehidupan zaman moden memandu ke arah ketidakcergasan, tetapi kita boleh membuat pilihan ke atas senaman, merokok, pemakanan dan pengawalan tekanan. Adalah sangat perlu bagi kita memulakan dari peringkat seawal mungkin. Lebih cepat kita memulakanya maka lebih mudah kita dapat mengurangkan risiko-risiko yang akan dihadapi. Keadaan kesihatan kita adalah bergantung kepada tanggung jawab kita. Di USA umpamanya terdapat lebih kurang 25000 orang membunuh diri setiap tahun dan bagi pelajar kolej bunuh diri adalah penyebab kedua ke atas kematian.

Kecergasan fizikal dan senaman dapat memberi menafaat dari segi psikologi kerana berupaya mengurangkan ketegangan dan putus asa (Lambther 1972).
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan
1.   Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan maklumat-makluamt genetik.
2.   Persekitaran. Ia menentukan peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa bvesar dalam bidang sukan.

3.     Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat.

No comments: