Monday, May 12, 2014

May
KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN  



Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian?

Pengujian
Merujuk kepada  teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu.  Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas.  Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan  :
i. Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
ii.Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
iii.Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran  
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.   Guru mungkin menggunakan alat pengukuran  yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.   Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat  keputusan. Tujuan pengukuran:
·            Mengesan hasi-hasil pembelajaran
·            Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
·           kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain
·          Mengesan  jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan  
·           maklumat untuk :
         i. Bimbingan
        Ii. Kecekapan guru
       Iii. Rekod prestasi dan profil murid
Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 

PENTAKSIRAN

Pentaksiran ini berasal daripada perkataan Greek 'assidre' yang bermaksud duduk disisi. Menurut David Pyne; 2003,  pentaksiran merupakan integrasi daripada proses pengumpulan maklumat, dan memberi nilai kepada maklumat. Secara ringkasnya, pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan interpretasi terhadap maklumat.

                                     PENTAKSIRAN = PENGUKURAN + PENILAIAN

Tujuan proses pentaksiran dijalankan adalah untuk;
  • Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
  • Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Prinsip-prinsip bagi menjalankan pentaksiran ialah;
·         Mempunyai instrumen
·         Kumpulan yang ditafsir (pelajar)
·         Respon yang diterima
·         Kumpulan yang mentafsir
·         Skor
Ciri-ciri pentaksiran;
  1. Kesahan skor --> releven/ kecukupan cakupan
  2. Kebolehpercayaan skor --> ketekalan/ ketepatan
  3. Keobjektifan --> ketepatan seseorang pentafsir memberikan skor
  4. Kebolehtadbiran --> kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat ataupun berasaskan sekolah.
Pentaksiran
  1. Proses --> pengujian
  2. Maklumat --> pengukuran
  3. Produk --> keberkesanan/ penghasilan pelajar
  4. Penghakiman --> memberikan hukuman terhadap pencapaian.
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai 

“apa-apa sahaja kaedah yang diguna untuk lebih memahami pengetahuan, kemahiran dan adab/nilai/akhlak yang dimiliki oleh seseorang murid sama ada melalui atau tanpa melalui proses pengajaran-pembelajaran”

No comments: