PENDIDIKAN PERSEKITARAN DAN KOMUNITI
Kesihatan keluarga sangat penting dalam melahirkan komuniti yang sejahtera. Kesejahteraan merupakan perkara yang subjektif dan memerlukan pengertian mendalam antara seseorang manusia. Rata-rata sekarang ini kita mendengar, melihat dan merasai pelbagai isu konflik dalam komuniti yang berlaku sehingga menjejaskan kesihatan individu dan keluarga (Amran, 2011). Semua ini berpunca daripada kesihatan individu yang membawa kepada kehancuran dalam keluarga dan komuniti. Keadaan ini mencerminkan bahawa komuniti kita sebenarnya sedang sakit (Amran, 2011), dan memerlukan perancangan rawatan yang rapi bagi memulihkan keadaan. Pelbagai kes yang melanda negara kita sama ada melibatkan pembunuhan, perogolan, pencabulan, dan jenayah.
Semuanya berakhir dengan kematian atau keadaan yang menyedihkan. Kejadian sebegini menggambarkan bahawa keadaan kesihatan individu dan keluarga yang dialami oleh komuniti kita semakin teruk dan memerlukan perhatian khusus. Ini bagi mengelakkan sebarang perlakuan sedemikian berterusan tanpa menemui jalan penyelesaian. Mengikut Makzan (1992), pengalaman sihat dan sakit adalah asas kepada perkembangan fizikal, psikologikal, dan sosial manusia. Kesemua ini dialami dalam jangka hidup yang mempengaruhi persepsi dan emosi manusia. Perkembangan yang sihat dalam pengalaman kesihatan merupakan perkara positif untuk jangka masa panjang, dan begitulah sebaliknya. Penyesuaian kesihatan keluarga memainkan peranan penting dalam membantu kepada kesejahteraan komuniti. Komuniti yang sejahtera adalah lahir daripada keluarga yang sihat dan makmur. Kebergantungan dua aspek ini sangat mempengaruhi keadaan keseluruhan alam sekitar termasuklah keharmonian sesebuah negara. Namun, kesihatan keluarga secara khasnya melibatkan urusan keluarga yang bebas daripada perceraian, gejala sosial, dan bebas mencari nafkah yang halal. Setiap keluarga yang sihat sudah pasti akan melalui perkara-perkara tersebut sehingga mencapai sebuah keluarga yang sejahtera.
Justeru, elemen kekeluargaan dan komuniti yang sihat wajar diambil kira untuk perkembangan sesebuah negara. Kekayaan, kemasyhuran, gelaran dan pangkat tidak akan menjadi nikmat yang indah dan bermakna dalam hidup jika sentiasa diselubungi dengan sakit (Mat Saad, 2008). Setiap individu bertanggungjawab di atas kesihatan diri masing-masing dan akan menanggung risikonya jika tidak mengamalkan kehidupan yang sihat.
Konsep kesihatan KOMUNITI
Komuniti yang wujud di sesebuah negara merupakan unsur yang terpenting dalam melahirkan suasana aman dalam negara berkenaan. Kehidupan sesebuah komuniti yang baik berkait rapat dengan kesihatan keluarga dan individu yang mendiami sesebuah negara. Rata-rata kita melihat komuniti kita hari ini sudah jauh terpesong sebagai komuniti yang sihat. Pelbagai kes yang tidak dijangkakan berlaku sewenang-wenangnya sehingga menjadi satu budaya keganasan yang melampau. Sikap dan tingkah laku positif sebagai seorang individu yang bermoral sudah jarang ditemui.
Komuniti yang wujud di sesebuah negara merupakan unsur yang terpenting dalam melahirkan suasana aman dalam negara berkenaan. Kehidupan sesebuah komuniti yang baik berkait rapat dengan kesihatan keluarga dan individu yang mendiami sesebuah negara. Rata-rata kita melihat komuniti kita hari ini sudah jauh terpesong sebagai komuniti yang sihat. Pelbagai kes yang tidak dijangkakan berlaku sewenang-wenangnya sehingga menjadi satu budaya keganasan yang melampau. Sikap dan tingkah laku positif sebagai seorang individu yang bermoral sudah jarang ditemui.
Perbincangan: Kepentingan tahap kesihatan keluarga
Kesihatan fizikal
Kesihatan fizikal merupakan elemen kesihatan yang paling baik dalam kesejahteraan manusia.
Kewujudan penyakit fizikal dalam diri individu dan ahli keluarga lazimnya berpunca daripada
pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Pengamalan pemakanan yang tidak mengikut kadar yang
ditetapkan menyumbang kepada risiko individu dihidapi penyakit kencing manis, jantung, darah
tinggi dan kanser. Kesihatan diri dalam sesebuah keluarga penting dalam menjadikan sesebuah
keluarga itu sihat secara luaran dan dalaman. Kebanyakan penyakit yang kronik menyerang seseorang
No comments:
Post a Comment